Pada malam 12 Jun 2011 berlangsung acara yang agak popular di Malaysia iaitu Akademi Fantasia bagi musim ke 9. Ironinya, ini adalah minggu final bagi musim ke 9 dan final bagi jenama Akademi Fantasia itu sendiri kerana musim ini merupakan musim terakhir Akademi Fantasia akan dijalankan.


Seramai empat orang peserta yang berjaya memasuki final bagi merebut gelaran juara Akademi Fantasia ke 9. Hazama, Azri, Fina dan Lena. Bagi mengadili para peserta, pihak Akademi Fantasia telah mengundang pengkritik yang popular seperti Hattan, Ogy Ahmad Daud dan Ramli M.S.


Siapakah juara Akademi Fantasia bagi musim ke 9 ini? Jeng jeng jeng adalah


Eh camner Mr Bean masuk Akademi Fantasia ni? Haha salah gambar ini. Juara Akademi Fantasia Musim ke 9 adalah milik Hazama!!!


Juara AF9: Hazama


Naib Juara AF9: Lena


Tempat ketiga AF9: Fina


Tempat keempat AF9: Azri

Api Firez ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang. Semoga korang semua dapat menyumbangkan sesuatu yang bermakna kepada negara. Bukan gosip je ok :p


Nak baca entri ini sampai habis...

Mesin pengisar iPad

Bangun-bangun je terus teringat blog aku yang baru berusia sehari ini. Hehe maklumlah orang baru ada blog la katakan. Kali ini aku share dengan korang pasal iPad. Seperti yang korang tahu, iPad sekarang sudah menjadi seakan fenomena. Kalau dulu orang orang sibuk tanya pasal iPhone, sekarang orang akan tanya pasal iPad. Kalau la ada duit jatuh dari langit, memang aku pun da rembat iPad ini. Tapi dalam sibuk orang bercerita pasal iPad, aku pun terjumpa la satu video yang dashyat.

Video ini menunjukkan iPad yang cun melecun tu, telah dikisar begitu je. Haha trust me when i say "dikisar".




Orang yang bertanggungjawab terhadap kekejaman ini adalah dari syarikat Blendtec. Aku rasa dorang nak tunjuk betapa bagus dorang punya mesin blender tu kot. Waktu ini aku tengok total viewers untuk video ini da lebih 11.5 juta. Haha ramai gak yang suka tengok video camni kan.


Selain dari iPad, Blendtec turut mengisar barangan lain macam magnet, diamond, iPhone dan Justin Bieber. Haha tapi bukan Justin betul la. Tengok video kat bawah ini.



Nak baca entri ini sampai habis...

Keputusan Perlawanan Piala FA 2011 : Kelantan 1 : Terengganu 2
Stadium Bukit Jalil
11 Jun 2011
8.45 malam

Arghhh kecewa aku lepas dapat tau Kelantan kalah dengan Terengganu. Hehe walaupun aku bukan orang Kelantan tapi kalau bab bola ini memang gomo kelate gomo lah. Perlawanan Piala FA 2011 11 Jun 2011 menyaksikan pasukan dari Kelantan menentang pasukan dari Terengganu. Perlawanan yang berlansung di Stadium Bukit Jalil ini bermula pada jam 8.45 malam. Keputusan perlawanan Piala FA 2011 akhirnya menunjukkan Terengganu mengalahkan Kelantan dengan 2-1.

Bagi yang terlepas mengikuti perlawanan Piala FA 2011, boleh klik entri ini untuk usya video-video sepanjang perlawanan tadi.


Keputusan Perlawanan Piala FA 2011 : Kelantan 1 : Terengganu 2

Credit to Sokernet


















Credit to Sokernet


Nak baca entri ini sampai habis...

Teori evolusi manusia dari ikan

Sedang aku melayari dunia internet ini, tiba-tiba aku terkejut bila mana aku terjumpa satu post yang menceritakan bagaimana teori kewujudan manusia ini sebenarnya merupakan satu evolusi bermula dari spesies makhluk yang lebih dikenali sebagai ikan. Gambar-gambar yang diberi memang cun, seolah-olah memang betul manusia ini berasal dari ikan seperti gambar di bawah ini.





















Tetapi kita perlu ingat, secanggih manapun teori yang dikemukakan oleh para saintis terutama dari negara barat, kita sebenarnya berasal dari Nabi Adam a.s. yang sememangnya makhluk bergelar manusia yang dikurniakan akal melebihi dari makhluk-makhluk yang lain.


Nak baca entri ini sampai habis...

Kita selalu download movie, lepas download apa lagi, tengoklah kan. Tapi kadang-kadang susah juga nak faham apa yang pelakon tu cakap lebih-lebih lagi pelakon negro...memang susah giler aku nak tangkap hehe. So salah satu jalan penyelesaiannya aku download subtitle. Ada banyak laman web yang tawarkan perkhidmatan untuk subtitle. Bagi aku, aku prefer http://subscene.com/.

Senang saja kalu guna subscene ini, tak leceh macam sesetengah servis tu.


Mula-mula taip apa tajuk cerita yang nak dicari, contoh the lord of the rings-the fellowship of the ring. Klik search.



Lepas sudah jumpa yang bersesuaian, klik download.



Settle.

How to attach subtitle to movie???

Ada dua cara bagi aku:
1) Just klik subtitle dan drag masuk ke dalam movie tu.
2) 'Rename'kan subtitle tu supaya sama nama dengan dengan nama movie tu.

Ok tu je.


Nak baca entri ini sampai habis...

Yahoo, akhirnya aku ada juga blog sendiri. Tapi tak tahulah boleh popular ke tak. Haha pelan-pelan kayuhlah. Untuk post pertama ini, aku nak kongsikan satu cara yang biasa aku guna kalau nak cek betul ke tak masa kat jam aku. Kadang-kadang aku tengok dengan jam kat astro, kadang-kadang dengan tv3...tapi aku rasa paling afdal kalau kita cek terus dengan SIRIM. Hehe paling tepatlah katakan.


SIRIM ada menyediakan satu platform untuk kita melihat waktu sebenar di Malaysia. Website yang sangat simple tu bernama The Malaysian Standard Time. Caranya senang sahaja, korang kena klik link ini The Malaysian Standard Time dan korang akan terus nampak screenshot cam gambar kat bawah ini.



Haha senangkan? So apa lagi, betulkan la ye jam korang kalau masa lari banyak sangat. Ok tu je aku nak kongsi untuk hari ini.



Nak baca entri ini sampai habis...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Lain Yang Aku Klik Setiap Hari