Pada malam 12 Jun 2011 berlangsung acara yang agak popular di Malaysia iaitu Akademi Fantasia bagi musim ke 9. Ironinya, ini adalah minggu final bagi musim ke 9 dan final bagi jenama Akademi Fantasia itu sendiri kerana musim ini merupakan musim terakhir Akademi Fantasia akan dijalankan.


Seramai empat orang peserta yang berjaya memasuki final bagi merebut gelaran juara Akademi Fantasia ke 9. Hazama, Azri, Fina dan Lena. Bagi mengadili para peserta, pihak Akademi Fantasia telah mengundang pengkritik yang popular seperti Hattan, Ogy Ahmad Daud dan Ramli M.S.


Siapakah juara Akademi Fantasia bagi musim ke 9 ini? Jeng jeng jeng adalah


Eh camner Mr Bean masuk Akademi Fantasia ni? Haha salah gambar ini. Juara Akademi Fantasia Musim ke 9 adalah milik Hazama!!!


Juara AF9: Hazama


Naib Juara AF9: Lena


Tempat ketiga AF9: Fina


Tempat keempat AF9: Azri

Api Firez ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang. Semoga korang semua dapat menyumbangkan sesuatu yang bermakna kepada negara. Bukan gosip je ok :p

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Lain Yang Aku Klik Setiap Hari