Mesin pengisar iPad

Bangun-bangun je terus teringat blog aku yang baru berusia sehari ini. Hehe maklumlah orang baru ada blog la katakan. Kali ini aku share dengan korang pasal iPad. Seperti yang korang tahu, iPad sekarang sudah menjadi seakan fenomena. Kalau dulu orang orang sibuk tanya pasal iPhone, sekarang orang akan tanya pasal iPad. Kalau la ada duit jatuh dari langit, memang aku pun da rembat iPad ini. Tapi dalam sibuk orang bercerita pasal iPad, aku pun terjumpa la satu video yang dashyat.

Video ini menunjukkan iPad yang cun melecun tu, telah dikisar begitu je. Haha trust me when i say "dikisar".




Orang yang bertanggungjawab terhadap kekejaman ini adalah dari syarikat Blendtec. Aku rasa dorang nak tunjuk betapa bagus dorang punya mesin blender tu kot. Waktu ini aku tengok total viewers untuk video ini da lebih 11.5 juta. Haha ramai gak yang suka tengok video camni kan.


Selain dari iPad, Blendtec turut mengisar barangan lain macam magnet, diamond, iPhone dan Justin Bieber. Haha tapi bukan Justin betul la. Tengok video kat bawah ini.


0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Lain Yang Aku Klik Setiap Hari