Yahoo, akhirnya aku ada juga blog sendiri. Tapi tak tahulah boleh popular ke tak. Haha pelan-pelan kayuhlah. Untuk post pertama ini, aku nak kongsikan satu cara yang biasa aku guna kalau nak cek betul ke tak masa kat jam aku. Kadang-kadang aku tengok dengan jam kat astro, kadang-kadang dengan tv3...tapi aku rasa paling afdal kalau kita cek terus dengan SIRIM. Hehe paling tepatlah katakan.


SIRIM ada menyediakan satu platform untuk kita melihat waktu sebenar di Malaysia. Website yang sangat simple tu bernama The Malaysian Standard Time. Caranya senang sahaja, korang kena klik link ini The Malaysian Standard Time dan korang akan terus nampak screenshot cam gambar kat bawah ini.



Haha senangkan? So apa lagi, betulkan la ye jam korang kalau masa lari banyak sangat. Ok tu je aku nak kongsi untuk hari ini.


0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Lain Yang Aku Klik Setiap Hari